TMJ Jumpa Christiano Ronaldo

253
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkesempatan bertemu dengan bintang Real Madrid, Christiano Ronaldo ketika mengadakan lawatan ke pusat latihan kelab berkenaan.

Menerusi status di laman Facebook Johor Southern Tigers yang dikemaskini,pengendali laman sosial itu memuatnaik gambar Tunku Ismail yang juga pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bersama pemain kebangsaan Portugal itu berserta kapsyen ucapan selamat kepada Projek Bola Sepak JDT.

“Selamat maju jaya kepada Projek Bola Sepak JDT daripada Christiano Ronaldo dan TMJ,” tulisnya.

Tunku Ismail sebelum ini mengadakan pertemuan bersama pemilik kelab Atlentico Madrid, Miguel Angel Gin Marin.