Tindakan Tun M Jijik – Ismail Kijo

931
0
SHARE

Tindakan Tun M Jijik – Ismail Kijo

Oleh: Khizairi Khizan

AMPANG: UMNO Bahagian Ampang mendesak Lembaga Disiplin parti mengambil tindakan tegas dengan memecat ahli UMNO yang bersekongkol dengan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan sedia ada melalui Deklarasi Rakyat.

Ketuanya, Datuk Ismail Kijo berkata, UMNO Bahagian Ampang berikrar untuk taat setia tidak berbelah bagi dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

“UMNO tidak menghalang kebebasan bersuara dan menyatakan pandangaan dan pendirian kepada ahlinya, tetapi biarlah dibuat secara beradab dan tertakluk dalam disiplin parti.

“Kami merasa kesal, tersinggung dan terhina serta jijik dengan tindakan Tun Dr Mahathir dan ahli-ahli UMNO yang telah bersekongkol dengan para pemimpin DAP dan parti pembangkang lain yang sememang musuh kepada orang Melayu Islam,” katanya pada majlis pertemuan warga penerangan UMNO Perhubungan Selangor yang diadakan di sini malam tadi.

Program itu turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail.