Tin Daging Babi Di Rak ‘Halal’

237
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Sebuah pasaraya di Semenyih didakwa mencampur aduk barangan halal dengan makanan dalam tin berisi daging babi.

Kesal dengan apa yang berlaku seorang pengguna berkongsi gambar di laman Facebook sebagai bukti yang didakwanya dirakam Isnin lalu.

Bukan setakat itu, pihak pengurusan juga bertindak mencampur aduk bahan beracun di rak air minuman.

“Ini yang berlaku dan sy sendiri lalui.

“Betapa kita dipermainkan! Memang sentap aku!!! Bukan nak baikot tau. Aku sendiri beli brg kat situ. Tp jd mcm ni, apa korang rasa??? Sentap ke tak??? Sape2 nak viral pic ni, silakan. Sebab ni perkara sebenar. Kawan2 sy pun ada sama,” tulis Sharifah Norzainah Achopa.

Gambar yang dimuat naiknya kemudian dikongsi pengguna laman sosial yang lain.-FMT