Timbalan Menteri Gesa Bersabar Isu Siasatan 1MDB

26
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menggesa kesabaran berhubung siasatan terhadap 1MDB yang sedang berlangsung, malahan menyebut perkataan Cina ketika beliau berhujah.

“Orang Cina kata man man lah man-man (perlahan-lahan lah, perlahan-lahan).

“Jadi kita tunggu perkara yang sedang disiasat oleh pihak berkaitan, insya allah kebenaran itu akan terbukti,” beliau memberitahu Parlimen malam tadi.

Razali menjawab soalan Shamsul Iskandar (PKR-Bukit Katil) yang bertanya jika SPRM telah daripada menyiasat 1MDB.

Razali berkata SPRM tidak menyiasat 1MDB tetapi pihak polis yang berbuat demikian.

Beliau menjelaskan arahan Pejabat Peguam Negara kepada pihak polis pada 24 Oktober bagi menyiasat lanjut perkara tersebut.

Razali memaklumi terdapat penyiasatan mengenai 1MDB di luar negara tetapi berkata perkara itu berat sebelah.

“Semua cerita mungkin macam satu pihak salah, tapi cerita yang dikemukakan oleh satu pihak juga mendapat pertikaian,” kata beliau.

Beberapa pihak berkuasa termasuklah di Amerika Syarikat (AS), Switzerland dan Singapura telah menyiasat skandal 1MDB.

Jabatan Keadilan AS percaya sekurang-kurangnya AS$3.5 bilion dana 1MDB telah diseleweng dan antara lainnya untuk membeli harta di AS.