Tiga Pekerja Binaan Maut

250
0
SHARE

BUKIT MERTAJAM: Tiga pekerja binaan warga asing maut dalam runtuhan bangunan kilang yang masih dalam pembinaan di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, tiga pekerja berkenaan dikatakan sedang melakukan kerja di tingkat tiga bangunan itu.

Jurucakap Bomba, berkata kejadian berlaku ketika hujan lebat dan angin kencang.

Menurutnya mayat semua mangsa ditemui di bawah runtuhan dinding konkrit di tingkat bawah.

“Semua mayat dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat,” katanya.