Tiga Pekerja Binaan Cedera Akibat Letupan Bom Lama

13
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Tiga pekerja binaan warga Bangladesh parah akibat letupan bom lama di sebuah tapak pembinaan dekat Bandar Malaysia, Jalan Sungai Besi.

Kejadian seiktar jam 5 petang itu menyebabkan dua daripada mangsa putus kaki sementara seorang lagi cedera di tangan serta kaki.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan kejadiaan berkenaan dan siasatan awal mendapati bom tersebut merupakan peninggalan ketika zaman Perang Dunia Kedua.

“Ia merupakan bom lama ketika Perang Dunia Kedua dan ia meletup secara tiba-tiba sewaktu kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan,” katanya.

Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Seramai 25 pegawai dan anggota bersama lima jentera dari balai bomba dan penyelamat Hang Tuah, Pudu dan Tun Razak dikejarkan ke tempat kejadian.

Sepasukan Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) JBPM juga turut dikejarkan ke lokasi untuk menyiasat punca kejadian.

SHARE
Previous articleRichard Riot Jelaskan Isu Pemberhentian 3,600 Kakitangan MAS
Next articlePenduduk Pelbagai Agama Berhimpun Sokong Suu Kyi