Tiada Tempat Untuk Ekstremisme Melampau Dalam ASEAN – Najib

79
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meminta negara anggota ASEAN supaya bersepakat menentang ancaman ekstremisme melampau susulan insiden serangan di Paris serta pembunuhan kejam seorang rakyat Malaysia oleh kumpulan militan di selatan Filipina.

Perdana Menteri berkata rantau ASEAN, yang dihuni lebih 600 juta penduduk, mesti kekal sebagai mata arah kepada kesederhanaan dan wahah keamanan dan toleransi.

Beliau menegaskan bahawa rakyat ASEAN merupakan masyarakat yang sederhana yang telah menempa nama dan dihormati, hasil daripada kepelbagaian, kepercayaan, etnik dan budaya.

“Contoh kuasa kita ada masyarakat yang kekal aman, toleransi, harmoni dan inklusif dan ia adalah benteng pertahanan yang terbaik dan terjamin dalam menentang ekstrimesme melampau, kumpulan pengganas dan mereka yang mahu memusnahkan cara kehidupan kita,” katanya.

SHARE
Previous articleAMANAH Sedia Galas Tugas JKKK PAS Di Pulau Pinang
Next articleObama Tiba Di Malaysia Bagi Sidang Kemuncak Berkaitan ASEAN