Sokong Pemimpin Sedia Ada Dan Bukan Buat Kumpulan Serpihan – Zahid

86
0
SHARE

Oleh: Shaiful Nizam

KUALA LUMPUR: Anggota UMNO digesa mendukung kepimpinan parti yang sedia ada dan tidak mewujudkan kumpulan sokongan kecil jika mahu parti keramat itu terus kekal kukuh dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tambahnya lagi, kewujudan kumpulan serpihan tersebut walaupun bertujuan baik untuk memberikan pandangan untuk kepentingan parti tetapi akhirnya hanya akan merosakkan dan melemahkan parti itu.

“Kalau mahu parti kukuh, jangan ada serpihan dalam parti, supaya parti terus
bersatu. Apa perlu mengadakan perjumpaan lain, di tempat lain, dengan kumpulan yang lain, dengan pemikiran yang lain dan pendirian yang lain,” katanya semasa merasmikan Pertandingan Akhir Pidato Piala Presiden UMNO 2015 tengahari tadi.

Timbalan Perdana Menteri itu dilihat mengulas tindakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri  majlis “Bersama Timbalan Presiden UMNO” di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru malam tadi.

Program tersebut yang dihadiri hampir 3,000 orang turut disertai oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan anggota veteran parti Tan Sri Aziz Yassin.

“Saya tidak mahu menyentuh sama ada orang itu masih hidup ataupun telah mati, tapi ingatlah… tidak ada kumpulan di dalam UMNO, tidak ada kumpulan yang menyokong itu dan ini, kita semua adalah ahli UMNO,” tambahnya.

Menurutnya lagi setiap pemimpin UMNO pasti menghadapi perbagai ujian dan inilah masanya untuk anggota parti menilai sejauh mana pemimpin mereka tahan diuji, istiqamah dan konsisten dalam perjuangan.

“Sebab tidak ada pemimpin hebat yang tidak diuji. Kita memberikan dukungan
kepada pemimpin terdahulu yang teruji… pemimpin tidak sehebat mana, yang
menghebatkan pemimpin-pemimpin itu adalah kita yang di bawah, kita yang di akar umbi,” katanya di hadapan hampir 500 penonton pertandingan pidato yang memasuki tahun kedua penganjurannya.

SHARE
Previous articleNajib Ada Peluang Ketepi Zeti
Next articleSaya Tak Bodoh Mahu ‘Bunuh’ UMNO – Shafie