Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Gempa Bumi Afghanistan

54
0
SHARE

PUTRAJAYA: Tidak ada rakyat Malaysia yang terlibat dalam gempa bumi yang melanda wilayah timur laut Afghanistan semalam, demikian menurut Kementerian Luar hari ini.

Menurut Kementerian Luar perkara itu disahkan Kedutaan Besar Malaysia di Islamabad dan New Delhi, serta Konsulat Jeneral di Karachi.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata ia akan terus memantau keadaan tersebut.

Kenyataan itu turut merakamkan ucapan simpati dan takziah kerajaan Malaysia kepada kerajaan dan rakyat Pakistan, Afghanistan dan India terutamanya kepada keluarga dan mangsa yang terlibat dalam kejadian gempa bumi berkenaan.

Gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter melanda wilayah Hindu Kush, Afghanistan pada 5.09 petang semalam.

Media melaporkan lebih 270 orang terkorban, kebanyakannya di Pakistan. Gegaran turut dirasai penduduk di utara India dan Tajikistan susulan gempa bumi itu.