Tiada Penggunaan Kimia Dalam Proses Pembenihan Awan

148
0
SHARE

Oleh : Fadhil Daud

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menafikan bahawa adanya penggunaan kimia merbahaya sewaktu operasi pembenihan awam dijalankan seperti tersebar dalam laman sosial.

“Saya baru sahaja mendapat jawapan daripada MOSTI mengesahkan tiada penggunaan kimia dan racun semasa proses pembenihan awan”.

Katanya, masyarakat tidak perlu bimbang dan risau dengan khabar angin yang tersebar melalui laman sosial yang disebarkan dalam laman sosial oleh individu tertentu bagi menimbulkan suasana panik.

“Ianya tidak boleh dijalankan melalui penggunaan kimia kerana proses pembenihan awan tidak akan menjadi ”.

“Apa yang berlaku di Indonesia yang dipanggil jerebu beracun adalah kerana sudah hampir dua minggu di Kalimantan paras bacaan IPU adalah sangat merbahaya iaitu di pasas 1000 hingga 2000”, jelasnya.

Mesej penggunaan bahan kimia disebarkan melalui aplikasi WhatsApp yang berbunyi: “Kawan-kawan dari TUDM memberi amaran mereka menggunakan bahan kimia yang lebih kuat untuk menghasilkan hujan. Ini mungkin boleh menjejaska kulit kita. Jadi tolong jangan berada di dalam hujan untuk beberapa hari dan jika terkena bilas segera.”