Tiada Niat Untuk Senyapkan Sesiapa – Khairy

129
0
SHARE

Oleh: Shaiful Nizam

KUALA LUMPUR: Pengumuman Majlis Tertinggi UMNO semalam yang memutuskan ketua sayap masing-masing akan merasmikan mesyuarat sayap Puteri, Pemuda dan Wanita UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO bulan hadapan adalah atas permintaan mereka menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

“Itu permintaan pengerusi-pengerusi sayap,” jelas Timbalan Perdana Menteri itu sambil meminta Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengesahkan perkara tersebut.

Khairy yang duduk di sebelah Zahid dalam sidang media selepasmerasmikan Majlis Pemakaian Pangkat Bersekutu kepada pemimpin muda di bawah Kesateria Muda Keselamatan (KMK) kemudian mengangguk setuju

“Itu permintaan daripada saya dan ketua puteri. Perasmian ini tiada dalam peraturan mesyuarat dan hanya satu konvensyen,” tambahnya merujuk kepada ucapan perasmian mesyuarat yang kebiasaannya dirasmikan oleh Timbalan Presiden UMNO.

“Tiada niat untu senyapkan sesiapa,” jawapnya ringkas.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak semalam menjelaskan bahawa keputusan itu dicapai bagi mengekalkan ‘suasana baik dan positif’ perhimpunan yang dijangka akan bertambah panas apabila media juga dilarang membuat liputan secara langsung.