Tiada Lagi Penerbangan Kelas Pertama Buat Pegawai Kerajaan

178
0
SHARE

PUTRAJAYA: Pengubahsuaian Bajet 2016 akan menyaksikan kerajaan mahu memotong sejumlah RM9 bilion ringgit.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, pemotongan itu kebanyakkannya diambil daripada urusan pengurusan dan perbelanjaan mengurus.

Selain itu, setiap kementerian juga telah dimaklumkan supaya mengurangkan semua pembaziran yang berlaku.

“Semua pegawai-pegawai kanan kami dari kementerian kewangan telah diberitahu bahawa mereka tidak lagi akan menaiki penerbangan kelas pertama. Mereka perlu menaiki kelas perniagaan atau kelas ekonomi.

“Bahkan, pada mesyuarat kita sekarang ini, kami hanya sediakan air. Walaupun ia diadakan dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang, kami tidak menghidangkan apa-apa makanan sebaliknya hanya air,” jelasnya di dalam forum selepas pengubahsuaian Bajet 2016 dibentangkan.

Mengulas pengubahsuaian yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, wakil dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyatakan pengurangan tiga peratus dari gaji pekerja wajib dilakukan.

Walaubagaimanapun semua kakitangan juga bebas untuk memilih atau keluar dari program tersebut.

Sementara itu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, ekonomi negara masih dalam keadaan stabil. Kadar inflasi pula hanyalah 2.5 peratus hingga 3.5 peratus untuk suku pertama 2016.

Ujarnya lagi, pengurangan KWSP perlu dilakukan untuk jangka masa pendek dan ia dijangka hanya dilakukan sehingga 2017.

“Dengan pengurangan tersebut, ia sebagai penanda aras untuk rakyat menpunyai lebih banyak wang tunai, dan juga memiliki kuasa untuk membeli. Ia sekaligus akan menyebabkan ekonomi negara lebib stabil.

“Kami (BNM) menyokong penuh penguran ini. Malah, pengurangan sebanyak tiga peratus adalah sangat sedikit. Ia perlu dipertingkatkan lagi,” katanya.