Tiada Istilah ‘Pengkhianat’ Masuk DAP – Aziz Bari

382
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan, Professor Dr Aziz Bari menyifatkan sesiapa yang menyertai parti DAP bukan pengkhianat bangsa Melayu seperti yang dianggap sebahagian masyarakat sebelum ini.

Kata beliau, UMNO sahaja yang sering memberi tanggapan seperti itu yang kononnya DAP adalah sebuah parti yang kuat keCinaannya.

“Yang selalu sebut masuk DAP ni pengkhianat adalah UMNO. Mereka cuba mengalih persepsi rakyat terhadap DAP, merekalah (UMNO) yang selalu mainkan sentimen ini.

“Bagi saya tidak ada sesiapa yang menjadi pengkhianat dalam menyertai mana-mana parti politik pun. Tanggapan ini salah,” katanya kepada MySuara ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Aziz yang baru menyertai DAP minggu lalu berkata, beliau menyertai parti itu kerana parti-parti lain dilihatnya penuh dengan korupsi.

“Saya masuk DAP bukan saya tergilakan jawatan atau pun kerusi pilihanraya, saya masuk untuk menyumbangkan apa yang termampu,” kaytanya.