Tiada Erti Kalah Dalam Pertarungan Lawan Najib – Tun M

809
0
SHARE

SHAH ALAM: Selepas hampir setahun ‘menyerang’ kepimpinan Datuk Seri Najib Razak – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan hari ini bahawa tidak akan menyerah kalah dalam usahanya menumbangkan perdana menteri.

“Saya berpegang apabila kita jatuh, kita perlu bangun semula dan cuba lagi dan lagi. Ia sama ada apa yang kita lakukan itu berbaloi atau tidak,” kata perdana menteri paling lama berkhidmat di negara ini selama 22 tahun itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif ‘My New Proton’ di Shah Alam hari ini.

Mengulas soalan bahawa usahanya yang dimulakan sejak April tahun lalu hampir pudar untuk menggulingkan Najib daripada jawatan, Mahathir berkata bahawa undang-undang negara tidak dilaksanakan dengan betul dan adil.

“Undang-undang sedia ada tidak dilaksanakan dengan betul. Undang-undang baru kemudian digubal untuk tujuan menangkap dan membicarakan orang.

“Saya tahu semasa zaman saya ada ISA tetapi saya tidak gunakannya untuk menangkap orang yang kritik saya. Hanya apabila mereka melakukan sesuatu kepada negara.”

Mahathir juga berkata bahawa mengkritik kerajaan adalah sebahagian daripada demokrasi.

“Jika kita kritik kerajaan sekarang, kita akan ditahan, disoal dan dibicarakan. Jika tidak boleh kritik, maka di manakah demokrasi?

“Undang-undang yang digunakan berbeza bergantung kepada siapa diri anda. Jadi seseorang mesti mengatakan sesuatu. Saya katakan kerana saya mahu negara ini yang mempunyai reputasi yang baik.”

Menurut Mahthir, beliau tidak pernah menyarankan penggunaan kekerasan atau keganasan dalam menuntut perubahan dalam kepimpinan.

“Hari ini reputasi negara adalah teruk. Orang tanya kepada saya apa yang telah berlaku kepada negara awak? Ia adalah memalukan. Semua kerana kepimpinan seorang lelaki.

“Jika kita membuat kesilapan, kita perlu mengubah dengan cara yang aman. Saya tidak sokong keganasan.

“Tetapi apabila saya bersuara, saya diganggu dengan ugutan penangkapan,” katanya, merujuk kepada gesaan pemimpin Umno tertentu bahawa tulisannya di blog berunsur hasutan.

Ditanya apa langkah seterusnya akan, Mahathir berkata masalah yang melanda negara adalah kepimpinan Najib.

“Saya masih tekankan perlunya Najib berundur,” katanya. – MK

SHARE
Previous articleProton Panggil Balik 100,000 Model Exora, Preve Dan Suprima
Next articleNajib Tak Perlu Bayar Cukai Derma RM2.6 Billion – LHDN