Terserah Kepada MT, Jawatankuasa Disiplin Ambil Tindakan – Najib

203
0
SHARE

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Najib Razak menegaskan terserah kepada Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Disiplin bagi mengambil tindakan terhadap pemimpin UMNO termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bersekongkol dengan pembangkang.

Perdana Menteri berkata, ramai ahli dan pemimpin UMNO sudah menyuarakan kekecewaan dengan tindakan yang bekerjasama dengan pembangkang diketuai oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Kedudukan mereka bergantung kepada MT dan Jawatankuasa Disiplin parti. Saya tak mahu buat keputusan.

“Apa-apa kes itu akan dibincangkan dalam MT. Biar MT yang putuskan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor, hari ini.

Beliau mengulas mengenai pembabitan Muhyiddin dan beberapa lagi pemimpin UMNO yang bersama-sama dengan pembangkang menandatangani Deklarasi Rakyat bagi menjatuhkan Perdana Menteri.