“Terpulang Pada Tun M Jika Mahu Isytihar Harta” – Rahman Dahlan

140
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata terpulang kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada mahu mengisytiharkan hartanya atau tidak.

Rahman berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tuduhan Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Najib Razak dan sama ada bekas perdana menteri itu juga harus mengiisytiharkan hartanya.

“Terpulang pada dialah,” katanya ringkas.

Januari lalu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tiada apa-apa kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan siasatan SRC International dan dana RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank perdana menteri.

Mengulas lanjut, Rahman berkata keputusan Mohamed Apandi yang mendapati bahawa Najib tidak bersalah bukan dibuat secara bersendirian.

“Peguam Negara tidak membuat keputusan secara berseorangan. Beliau mempunyai pasukan yang terdiri daripada pegawai perundangan terkanan dalam Pejabat Peguam Negara.

“Setiap maklumat yang diberi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diteliti dan dinilai. Beliau bukan tengok sahaja fail dan kemudian seorang diri buat keputusan,” katanya.

Sebaliknya keputusan berkenaan serta arahan supaya kertas siasatan dana RM2.6 bilion dan SRC International ditutup, dibuat secara kolektif.