Tingkatkan Imej dan Integriti KKM – Dr Dzulkefly

11
0
Oleh: Fadhil Daud
PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad menyeru seluruh kakitangannya agar mengangkat imej dan integriti kementerian itu ke tahap yang tertinggi dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.
Perkhidmatan yang dihulur haruslah disempurnakan dengan penuh kejujuran, kebertanggungjawaban dan penuh komitmen agar kecekapan kementerian sebagai sebuah agensi yang memberi perkhidmatan sentiasa dihormati dan disanjungi.
Sambungnya, bidang kerja yang menyentuh aspek sebegini adalah sebuah profesion yang mulia. Justeru setiap pengkhususan yang diberikan adalah ibadah dan dikira sebagai perjuangan.
“Terbaik di antara kamu adalah  yang paling baik memberikan khidmat kepada manusia yang lain seperti firman Allah yang diketahui umum.
“Apa juga isu-isu yang disabitkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab haruslah dikendalikan dengan bijak tanpa menimbulkan perkara-perkara yang tidak diingini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Khas bersama Warga Kementerian Kesihatan sebentar tadi.
Turut hadir dalam majlis itu adalah timbalannya yang baharu dilantik, Dr Lee Boon Chye.