Personaliti Muhyiddin Positif Untuk PH Tawan Johor – Zaid

28
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Sebab utama Johor akan menyokong Pakatan Harapan (PH) adalah kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.

Zaid berkata presiden PPBM itu dihormati kebanyakan rakyat Johor dan beliau akan menjadi faktor utama kemenangan PH pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Menurutnya, Muhyiddin seorang yang mengambil berat tentang soal agama seperti juga kebanyakan Melayu di Johor.

Bagaimanapun, beliau bukan seperti mereka yang mahu menjadikan Malaysia sebuah “negara Taliban”.

Zaid menyeru Melayu Johor memilih perubahan.

“Kepada Melayu di Johor, catatlah sejarah baharu daripada menagih janji Umno yang dibuat pada 1946,” tulis Zaid di blognya.

Ahad lalu, lebih 50 penduduk menghalau Kit Siang ketika mengunjungi Kampung Bakar Batu di Johor Bahru, memaksa Program Sembang Santai Warung dibatalkan.

Susulan kejadian itu, Muhyiddin menyifatkan tindakan sekumpulan penyokong Umno menghalau veteran DAP itu sebagai biadap dan tidak hormat.

Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri dan ahli Parlimen tunggal PPBM, berkata orang ramai boleh berbeza fahaman politik tetapi seseorang tidak boleh dihalang selagi tidak melanggar undang-undang.