Bersih, Invoke, Ideas, Suhakam Pemerhati PRK Sungai Kandis

31
0

Oleh: Fadhil Daud

PUTRAJAYA: Bersih 2.0 hari ini berbesar hati dijemput untuk mengadakan mesyuarat bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemantau Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis.

Pemangku Pengerusi Bersih 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari menjelaskan pelawaan itu disambut baik pihaknya dalam usaha ingin menjadikan PRK yang berlangsung sebagai tanda aras terbaik dan telus selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Seramai 38 badan bukan kerajaan (NGO) bersih ditempatkan di saluran mengundi yang telah ditetapkan oleh SPR.

“Seramai dua orang akan ditempatkan di setiap 18 saluran peti undi yang akan berlangsung,” ujarnya.

Bagaimanapun, perkara itu masih diperingkat perbincangan dan akan diputuskan tidak lama lagi.

Tambah Shahrul, SPR membuat pendekatan yang professional secara terbuka bertemu dengan NGO dan menggariskan terma-terma yang digunapakai sepanjang PRK berlangsung.

Dalam pada yang sama, Pengarah Eksekutif Bersih, Yap Swee Seng menjelaskan pihaknya telah mencadangkan seramai 109 sukarelawan yang akan ditempatkan di kawasan pilihan.

“Selain bersih, tiga lagi NGO turut dijemput SPR sebagai pemantau antaranya seperti Invoke, Ideas dan Suhakam,” katanya.

Terdapat enam kategori terma yang bakal dipantau bersih seperti rasuah dan pembelian undi, penjamuan dan pemberian hadiah, bantuan dan pemberian tidak wajar kerajaan, penggunaan jentera kerajaan semasa berkempen, perbelanjaan mewah, intimidasi, keganasan dan gangguan, sikap berat sebelah institusi awam, masala hundi awal dan undi pos, masalah daftar pemilih dan masalah pada hari pengundian.

SPR telah menetapkan bahawa 4 Ogos sebagai hari mengundi manakala penamaan calon akan diadakan pada Sabtu 21 Julai 2018.