Terima Apa Saja Nasib Muhyiddin – Zahid

498
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi tidak menunjukkan kebimbangan kemungkinan berlaku perpecahan dalaman jika tindakan diambil terhadap pengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib kini berdepan kritikan keras dalam isu kemasukan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya serta kontroversi sekitar syarikat pelaburan negara 1MDB.

Dalam wawancara bersama The Malay Mail, Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata Umno tidak akan berdepan perpecahan serius jika Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dipecat.

“Parti ini sudah pernah berpecah sebelum ini tetapi kemudian bersatu kembali.

“Ia tidak akan jadi seburuk sebelum ini tetapi kira harus bekerja keras untuk memperbetulkan keadaan jika berlaku,” kata Zahid.

Beliau merujuk kepada pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998 oleh ketua eksekutif negara ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sama ada Muhyiddin dan Shafie digantung atau dibuang, setiap orang harus terima keputusan kepimpinan atasan.

“Ia bukan keputusan individu tetapi akan dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT).

“Keputusan akan dibuat berdasarkan apa yang terbaik kepada parti,” Zahid dipetik sebagai berkata.

Sebelum ini dilaporkan bahawa MT Umno dijadual bermesyuarat pada Rahu ini dan memutuskan sama ada Muhyiddin akan dibenarkan membuat ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung Umno minggu depan.

Zajod dilaporkan berkata bahawa kedua-dua mereka – Muhyiddin dan Shafie – dijangka turut serta dalam mesyuarat walaupun tidak hadir pada 24 November lalu. – MK