Tentera Dan Rakan Tidak Kekal

77
0
SHARE

Oleh: Shaiful Nizam

KUALA LUMPUR: Veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar menyeru kepimpinan tertinggi UMNO untuk mencari jalan perdamaian demi perpaduan dan keutuhan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Yang paling penting, (kita) menang pilihanraya. Hendak menang pilihanraya mesti dengan perpaduan. Kita tidak boleh buat lompang… kita tidak boleh bagi orang luar tidak perlu buat kerja untuk menang pilihanraya,” jelasnya yang melihat tempoh PRU-14 yang berbaki dua tahun lagi sebagai tempoh masa yang kritikal dekatnya.

Tambah bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu lagi, politik adalah seni serba mungkin malah persahabatan dan perseteruan dalam politik juga tidak kekal.

“Dalam politik, tentera dan rakan kita tidak akan kekal,” tambahnya yang menasihatkan pemimpin tertinggi UMNO mencari jalan tengah dan titik temu jika mahu parti tertua itu terus memerintah pasca PRU-14.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu turut mengulas mengenai kerjasama dengan PAS yang disifatkan, “Kita (UMNO) memang berminat”.

Namun jelasnya, “Kerjasama bukan penggabungan. Sebaliknya mungkin dalam pilihanraya contohnya kita letak calon dan PAS memberikan laluan. Banyak format (kerjasama) lain.”

SHARE
Previous articlePemilihan Dan Pertukaran Presiden Harus Ikuti Proses Demokrasi
Next articleNajib Temui Abdul Hadi Minggu Depan