Tentera Campur Tangan Jika Putrajaya Isytihar Bersih 4.0 Darurat

533
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan masuk campur menangani himpunan Bersih 4 yang akan diadakan hujung minggu ini jika kerajaan mengisytiharkan darurat, kata Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Panglima ATM itu dipetik The Star Online berkata, pihaknya setakat ini tidak terlibat mengawal himpunan ini kerana situasi masih belum mencapai tahap tersebut.

“ATM hanya akan masuk campur jika kerajaan mengisytiharkan darurat.

“Jika situasinya dikategorikan sebagai ancaman kepada orang awam, kami akan ambil alih peranan polis mengawal keadaan,” katanya di Kementerian Pertahanan, hari ini.

SHARE
Previous articleDemonstrasi Bersih 4.0 Tidak Mampu Gulingkan Kerajaan – SAMM
Next articleSyiling Peringatan Ulang Tahun Ke-50 Masjid Negara