Tangkap Mereka Yang Hina Agama – Zahid

48
0
SHARE

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar diminta mengambil tindakan tegas ke atas individu yang menghina agama walaupun berada di luar negara.

Arahan itu diberikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, tindakan individu tertentu termasuk yang bertindak mengoyak al-Quran dan menggunakan helaiannya untuk mengelap najis adalah satu penghinaan dan tindakan kurang ajar.

“Saya tidak akan kompromi dengan sesiapa saja sama ada yang berada di dalam atau luar negara malah tindakan akan dilakukan.

“Jangan jadikan inovasi dan kebebasan bersuara sebagai medium untuk menghina agama, kita ada pegangan agama dan tatasusila, kita hormati agama dan bangsa lain,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian Online.

Zahid berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya. – FMT

SHARE
Previous articleAS ‘Tutup Pintu’ Untuk Pelarian Syria
Next articleBajet 2016: Saya Undi Bagi Pihak Pengundi Saya – Khalid