Tandas Rosak, Pesawat MAS MH19 Terpaksa Mendarat Di Chennai

169
0
SHARE
KUALA LUMPUR: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) terpaksa membuat pendaratan tidak berjadual di India pada Khamis berikutan tandas di dalam pesawat itu mengalami kerosakan.

AFP melaporkan pesawat itu sedang melakukan penerbangan di laluan yang sama dengan pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada tahun lalu.

Agensi berita itu memetik seorang jurucakap syarikat penerbangan sebagai berkata, pesawat MH19 mendarat di Chennai, India, dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

“Pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan kerana tandas tidak dapat beroperasi,” kata jurucakap itu.

Berdasarkan semakan di laman web syarikat penerbangan itu menunjukkan pesawat tersebut mendarat di Chennai pada pukul 2.35 pagi Khamis.

Ia kembali berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kurang dua jam selepas itu.

Pesawat tersebut dijadualkan tiba di KLIA pada pukul 10.32 pagi.