“Tan Sri, Jagalah Kami” – Puteri UMNO Kepada Muhyiddin

189
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Kunjungan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika perbahasan sayap Puteri sedang berlangsung membuatkan perwakilan yang hadir pada persidangan itu teruja.

Muhyiddin bersama isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuat kunjungan itu kira-kira pukul 3.40 petang.

Walaupun hadir dalam tempoh yang singkat, Pengerusi Tetap Puteri Umno, Azlieza Azizan sempat berucap dan membuat permintaan ringkas supaya Muhyiddin “menjaga” sayap parti itu.

“Kami (Puteri) ni hanya bekerja untuk parti, jagalah kami puteri-puteri ni, ada yang datang bawa anak kecil ke sini.

“Tan Sri, jagalah kami, jangan gaduh-gaduh,” katanya spontan, tetapi mengundang 1001 maksud,” kata Azlieza yang juga Ketua Puteri Umno Melaka.

Bagaimanapun keadaan di dewan perbahasan dilihat terkawal dengan beberapa perwakilan sempat bergambar dengan bekas timbalan perdana menteri itu.

Pada taklimat presiden pada malam Rabu, kerusi Muhyiddin kosong apabila beliau memilih untuk tidak hadir.