Tambang Komuter: Pelajar Dapat Diskaun 50 Peratus

290
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri hari ini mengumumkan bahawa golongan pelajar akan menikmati diskaun menaiki komuter sehingga 50 peratus.

Kata beliau, golongan pelajar itu adalah mereka yang berumur dari tujuh sehingga 18 tahun.
“Bagi pelajar IPT (Intsitusi Pengajian Tinggi), mereka hanya perlu menunjukkan kad pelajar masing-masing untuk menikmati diskaun tersebut.

“KTMB akan mengumumkan lebih lanjut diskaun yang bakal dinikmati oleh penggunan pengangkutan awam itu,” katanya ketika Berucap menggulung perbahasan Perhimpunan Agung UMNO Ke-69 di Pusat Dagangangan Dunia Putra (PWTC).

Sementara itu, beliau turut mengumumkan diskaun 30 peratus untuk pemegang kad siswa 1 Malaysia, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

SHARE
Previous articleMuhyiddin Enggan Mohon Maaf Dengan Najib
Next articleNajib Berjiwa Besar – MT UMNO