Tambah Nilai Kad Prabayar: SKMM Akan Cari Mekanisme Terbaik

49
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memperhalusi dan berbincang dengan lebih lanjut bersama pihak yang terlibat dalam mewujudkan satu mekanisme terbaik bagi melaksanakan keputusan kerajaan untuk mengekalkan pengunaan tambah nilai prabayar kad telefon.

Menterinya, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak berkata, tambah nilai prabayar kad telefon mudah alih sebaiknya mengikut harga yang dibayar iaitu beli RM10 akan mendapat nilai penggunaan RM10.

“Oleh sebab pelaksanaan mekanisme baharu hanya akan bermula pada  1 Januari 2016, buat masa sekarang hingga 31 Disember 2015 keadah bayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang sama akan terus digunakan iaitu pengenaan GST sebanyak 6% kepada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan sempena pembentangan Bajet 2016, hari ini.