Tak Perlu Jawatankuasa Pembiayaan Politik – Tun M

253
0
SHARE

PUTRAJAYA: Perjalanan hidup seorang pejuang dalam mempertahankan negara wajar dibukukan untuk dijadikan khazanah berharga kepada rakyat dan masyarakat, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, usaha Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) menghasilkan buku bergambar bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Mohamed Hashim Mohd Ali, ‘Mission To Accomplished: The Military Journey, From Soldier To Leader’ harus dipuji kerana ia mengandungi bahan rujukan dan asas yang cukup bernilai.

“Penghasilan buku seumpama ini menjadi khazanah cukup bermakna kerana apa yang dilalui oleh beliau (Mohamed Hashim) adalah sebahagian daripada lipatan sejarah negara yang penting untuk dirakamkan.
“Ia mampu menjadi bahan rujukan dan asas yang cukup bernilai untuk dipelajari dan dijadikan panduan pada masa akan datang,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran buku itu di sini sebentar tadi. – INSIDER

SHARE
Previous articleAzwan Ali Terima Ugutan Gara-Gara Sokong Najib
Next articleKisah Pejuang Negara Wajar Dibukukan – Najib