“Tak Ada Apa-Apa Nak Selindung,” Kata Khalid Kepada Ku Li

138
0
SHARE
KUALA LUMPUR: Polis tidak menyembunyikan kadar peratusan jenayah yang berlaku di negara ini seperti didakwa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis telah mengeluarkan statistik kadar jenayah yang sebenar dan tiada apa yang perlu diselindungkan mengenainya.

“Kalau dia (Tengku Razaleigh) tahu kadar jenayah yang sebenar, suruh dia dedahlah.

“Kami tak ada apa-apa yang nak selindung,” katanya kepada pemberita, Rabu.

Khalid ditemui selepas menghadiri Majlis Serah Terima Kereta Perodua Axia ‘Kenderaan Peronda Komuniti’ sumbangan Perodua kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Tengku Razaleigh yang mendakwa polis tidak memberitahu kadar peratusan jenayah sebenar yang didakwa meningkat.

Ku Li berkata demikian ketika hadir pada majlis di Taman Tun Dr Ismail yang dihadiri bekas pegawai tinggi kerajaan, doktor, pensyarah universiti, ahli politik, diplomat, mahasiswa dan pengamal media.

Pada pertemuan itu, Tengku Razaleigh atau Ku Li mendakwa pada masa ini ramai di kalangan masyarakat yang tidak mempunyai pekerjaaan, menyebabkan mereka terpaksa melakukan jenayah.

Dakwanya, dalam isu ini kerajaan tidak melakukan sebarang usaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat.

SHARE
Previous articleAnwar Dipenjara Bukan Kerana Politik – MYKMU
Next articleZaid Gesa Pembangkang, Penentang Najib Bersatu