Tabung Haji Tak Bayar Gaji Pada Apandi – Azeez

94
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abd Azeez Abd Rahim berkata, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menjadi lembaga pengarah Tabung Haji secara percuma.

“Ada gaji atau tak? Tak ada gaji.

“Ini berlaku pada Januari, kebetulan kita ada satu kekosongan dan kuasa melantik adalah dari menteri. Saya tiada kuasa dan mereka (lembaga Tabung Haji) perlukan pengamal undang-undang.

“Kami kemudian ke pejabat peguam negara dan disoal sama ada, ada gaji atau tidak. Kalau tak ada gaji mereka (pejabat peguam negara) letak nama peguam negara” katanya.

Azeez juga berkata pelantikan Apandi bukan perkara baru kerana peguam negara lain pun pernah dilantik menjadi lembaga pengarah organisasi tertentu.

Katanya lagi, pelantikan Apandi dilakukan pada bulan ini selepas menerima surat Bank Negara yang menyentuh tentang rizab serta pelantikan lembaga pengarah bagi memantapkan pengurusan Tabung Haji.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat Tabung Haji hari ini.