Sultan Sharafuddin Pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-240

74
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-240 di Istana Negara di sini.

Mesyuarat sehari itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Pahang yang diwakili Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Dalam mesyuarat yang bermula pukul 11.30 pagi itu, semua Raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing.

Kesemua Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hadir ke mesyuarat berkenaan dengan diiringi ketua menteri masing-masing.