Sultan Pun Berang Dengan Tun M – Nazri

747
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz terus membidas Tun Dr Mahathir Mohamad dengan melabelkan sebagai seorang ‘hiprokit yang tidak berprinsip’.

Mengulas keputusan Mahathir menyokong titah Majlis Raja-raja Melayu supaya siasatan ke atas 1MDB diteruskan segera, katanya, bekas perdana menteri itu juga pernah cuba melucutkan kuasa mereka ketika tempoh perkhidmatan beliau.

“Dia orangnya (yang melakukannya). Tidak perlu bagi saya mengulas.

“Dialah mengurangkan imuniti mereka. Ramai sultan berang dengannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran sebuah buku di Kuala Lumpur.

Tanpa mahu membuang masa mengulas isu-isu yang dibangkitkan oleh Mahathir, Nazri berkata lebih baik baginya untuk memekakkan telinga.

“Lebih baik kita abaikan orang ini. Orang ini (Dr Mahathir) tidak mempunyai prinsip,” katanya. – MKINI