Sulaiman Mahbob Akan Gantikan Isa Samad – Sumber

69
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob akan dilantik Pengerusi baharu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menggantikan Tan Sri Isa Samad, demikian menurut sumber kepada BH dan New Straits Times (NST).

Pengumuman lanjut mengenai pelantikan Dr Sulaiman yang juga Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, FGV dijangka dibuat hari ini.

Sulaiman, 67, yang juga Pengerusi Telekom Malaysia (TM) adalah Pengerusi Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia dan Jambatan Kedua Sdn Bhd.

Beliau juga adalah Profesor Adjung di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Tun Abdul Razak dengan mengajar bidang Ekonomi dan Dasar Awam.

Sulaiman, lulusan Ekonomi dari UM, menyambung pengajian di University of London.

Beliau menyempurnakan pengajian PhD di Maxwell School of Citizenship dan Public Affairs di Syracuse University, Amerika Syarikat pada awal tahun 1986. – BH