Sudah Tiba Masa Tangani Isu Lain Sebaik Siasatan 1MDB Berakhir – Zeti

56
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia mahu melihat penamat kepada siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya negara boleh menangani beberapa isu ekonomi yang lain, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Zeti yang akan bersara pada April ini berkata pihak berkuasa sedang menyiasat syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu dari pelbagai aspek.

“Semua orang mahukan penamatnya supaya kita boleh meneruskan langkah, nilai mata wang kita terus pulih dan kita boleh berurusan dengan isu ekonomi lain yang dihadapi negara ini,” katanya dalam temubual eksklusif bersama CNBC.

Zeti berkata Bank Negara sudah melengkapkan siasatan terhadap 1MDB dan beberapa tindakan penguatkuasaan telah diambil walaupun keputusan itu hanya akan diketahui apabila ia dimuktamadkan dan diumum kepada rakyat.

SHARE
Previous articlePetronas Kurangkan Perbelanjaan RM50 Billion Dalam Tempoh 4 Tahun
Next articleRondaan Bersama PDRM, ATM Tingkatkan Keyakinan Tahap Keselamatan