Starbucks Tutup Semua Kafe Cawangan Jakarta

202
0
SHARE
JAKARTA: Starbucks mengumumkan semua kafe miliknya di Jakarta ditutup sehingga diberitahu kelak selepas salah satu cawangannya di tengah ibu negara Indonesia terbabit dalam serangan bom hari ini.
“Kafe ini dan semua kafe Starbucks di Jakarta akan ditutup sebagai langkah berwaspada sehingga notis dikeluarkan kelak.
“Kami sedang memantau keadaan semasa di sana,” kata kenyataan syarikat kafe gergasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu, sebentar tadi.