Star Wars: The Force Awakens Pecah Rekod

111
0
SHARE

LOS ANGELES: Filem Star Wars: The Force Awakens mencatat rekod box-office pada hari pertama tayangannya di Amerika Syarikat dan Kanada dan dijangka menjadi salah sebuah filem yang berjaya meraih kutipan terbesar berbanding filem sebelum ini.

Filem epik terbaharu itu mencatat rekod kutipan berjumlah AS$57 juta (RM244 juta) pada hari pembukaannya pada malam Khamis lalu dan dengan mudah mengetepikan rekod AS$43.5 juta (RM186 juta) yang dicatat filem Harry Potter and the Deathly Hallows -PART 2 pada 2011.

Tayangan filem itu termasuk pada hari Jumaat lalu menunjukkan kutipan tiket melebihi angka AS$100 juta (RM428 juta) untuk mencatat rekod terbaharu industri, selain mencatat kutipan tiga digit pertama setakat ini.

Harry Potter sebelum ini memegang rekod itu pada hari pembukaan dengan kutipan berjumlah AS$91 juta (RM389 juta), namun kemunculan Star Wars yang mempunyai ulasan hebat dan turut menyaksikan tentera Stormtroopers ‘menceroboh’ White House mengambil alih kedudukan tersebut, kata pakar box-office, Paul Dergarabedian daripada syarikat Rentrak.

Menurutnya, Force Awakens yang mempunyai ramai peminat tersendiri mencatatkan kutipan keseluruhan sekurang-kurangnya AS$130 juta (RM556 juta) di seluruh dunia sejak ditayangkan Rabu lalu dan turut mencatat rekod di Britain, Jerman, Norway dan Sweden.

Rekod minggu pembukaan ketika ini dipegang filem Jurassic World yang ditayangkan awal tahun ini dengan kutipan berjumlah AS$208.8 juta (RM894 juta). Kutipan box-office sepanjang zaman setakat ini dipegang dua filem arahan James Cameron, Avatar (AS$2.78 bilion atau RM11.9 bilion) dan Titanic (AS$2 bilion atau RM9.3 bilion).

SHARE
Previous articleLelaki Ditemui Mati Gantung Diri Di Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan
Next articlePerkasa Tolak UMNO Jika Tidak Berubah