Star Wars: The Force Awakens Lepasi Kutipan AS$900 Juta

73
0
SHARE

DALAM tempoh bila-bila masa sahaja pada Sabtu, filem terbaharu Star Wars: The Force Awakens yang memasuki hari ke-50 tayangannya akan melepasi rekod box office dengan meraih kutipan AS$900 juta (RM3,745 juta).

Rekod itu sekali gus menjadikan filem epik itu satu-satunya filem yang mengatasi rekod tersebut dalam sejarah industri perfileman.

“Ini adalah detik bersejarah buat Star Wars, Lucasfilm dan Disney serta semua kami disini amat berpuas hati menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dengan peminat di seluruh dunia yang membantu kejayaan luar biasa filem ini.

“Pencapaian filem ini benar-benar mengejutkan dan ia satu penghormatan besar untuk kami,” kata Pengerusi Disney, Alan Horn dalam satu kenyataan.

Disney turut melaporkan filem tersebut meraih kutipan AS$2 bilion (RM8.3 bilion) di seluruh negara yang menjadikan ia filem ketiga mencapai rekod tersebut dalam sejarah.

Sebelum ini, filem Titanic dan Avatar antara dua filem yang memegang rekod kutipan tertinggi.

Namun, Avatar masih mempertahankan rekod kutipan tertinggi iaitu AS$2.8 bilion (RM11.65 bilion).

Setakat ini, Star Wars: The Force Awaken meraih kutipan global berjumlah AS$1,994.7 juta (RM8,299.55 juta) termasuk AS$899.1 juta (RM3,741 juta) di peringkat domestik.

Star Wars akan terus menakluk dunia apabila Rogue One ditayangkan pada 16 Disember.

Star Wars: Episode VIII akan menemui peminat filem tersebut pada 15 Disember 2017.