STAFFOC, Polis NS Tembak Mati 3 Penjenayah

94
0
SHARE

SEREMBAN: Tiga penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Mambau, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, suspek yang dikesan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFFOC) Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, diarahkan menyerah diri.

Sumber berkata, ketiga-tiga suspek bagaimanapun berdegil dan cuba melarikan diri dengan melepaskan tembakan ke arah polis.

“Polis tiada pilihan selain membalas tembakan suspek yang menyebabkan ketiga-tiga mereka maut di tempat kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek terbabit dalam beberapa kejadian jenayah berat di Negeri Sembilan dan negeri lain.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi akaun Twitter memuji kejayaan pasukan khas itu dan D9 IPK Negeri Sembilan, menumpaskan penjenayah terbabit.