SRC Tiada Maklumat Mengenai Isu RM27 Juta – Najib

108
0
SHARE

KUALA LUMPUR: SRC International Sdn Bhd tidak mempunyai maklumat mengenai RM27 juta yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini berdasarkan jawapan bertulis Najib atas kapasitinya selaku menteri kewangan di parlimen semalam.

“SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu penyaluran wang ke akaun Menteri kewangan dan ia juga adalah berdasarkan laporan berita oleh sebuah portal yang tidak dapat ditentukan kesahihan sumber beritanya.

“Sehubungan dengan itu, di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1)(i), perkara ini tidak perlu dijawab kerana ia adalah satu pertanyaan yang meminta penerangan berkenaaan perkara di dalam surat khabar,” katanya.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini membersihkan Najib daripada sebarang salahlaku dalam satu sidang media diadakan Januari lalu.

Bagaimanapun, beliau secara tidak sengaja mendedahkan urusniaga lain ketika menunjukkan sebuah carta. – MK