SPRM Serbu Pejabat Felda Investment Corporation

29
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan ke atas pejabat Felda Investment Corporation (FIC) di sini.

Beberapa pegawai SPRM tiba di Balai Felda dekat sini kira-kira pukul 10.20 pagi Isnin dengan menaiki dua kenderaan berasingan.

Serbuan itu dilakukan susulan penemuan maklumat terbaharu yang diperolehi SPRM, menunjukkan hartanah yang terletak di Kensington, London itu dibeli pada harga tinggi sehingga menyebabkan kerugian mencecah jutaan ringgit.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan siasatan terperinci ke atas pembelian hartanah mewah yang memberi tumpuan kepada kemungkinan wujudnya unsur rasuah dan penyalagunaan kuasa.

FIC dikatakan memperoleh hotel bertaraf empat bintang itu antara 2013 dan 2015.

Hotel itu dibeli dengan harga 60 juta pound sterling (RM330 juta), menjadikannya pelaburan ke-12 dalam portfolio hospitaliti Felda.