SPRM Adakan Solat Hajat Untuk Kakitangannya

393
0
SHARE

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan solat hajat untuk kakitangan mereka di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini pada Selasa.

“Cara yang terbaik adalah meminta pertolongan Allah untuk memberikan yang terbaik kepada kita.
“Hari ini kami melakukannya bersama-sama di pejabat kami, jadi ia akan memberikan kepuasan dengan bergantung kepada Allah dan petunjuk-Nya,” kata bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Zakaria Jaffar.

Apabila ditanya sama ada solat hajat itu mempunyai apa-apa kaitan dengan tangkapan baru-baru ini, beliau tidak menjawab dan berlalu pergi.
Terdahulu, beliau berkata solat hajat itu diadakan untuk meminta petunjuk terbaik daripada Allah kepada kakitangan SPRM, keluarga mereka, komuniti mereka dan ‘negara yang kita cintai’.

Zakaria berkata rasuah berpunca daripada perbuatan menyalahi undang-undang dan berkata solat itu bagi merayu kepada Allah supaya Malaysia bebas daripada rasuah.
Pada Isnin, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lebih banyak pegawai-pegawai SPRM menjadi antara mereka yang akan dipanggil untuk merakamkan kenyataan oleh polis.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari sama, suruhanjaya itu telah memberi jaminan bahawa tiada pegawainya yang terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan.