Spotlight Filem Terbaik Di Anugerah Academy

46
0
SHARE

LOS ANGELES: Spotlight, karya yang mengangkat kisah akhbar Boston Globe mendedahkan kisah penderaan seksual oleh paderi Katolik sejak berdekad lama diumumkan sebagai Filem Terbaik pada Anugerah Academy ke-88 yang berlangsung di sini, sebentar tadi.

Filem itu turut memenangi Oscar dalam kategori Lakon Layar (Asal) Terbaik. Sementara itu, aktor terkenal, Leonardo DiCaprio, memenangi trofi pertamanya pada Anugerah Academy apabila diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik hasil lakonan beliau dalam filem The Revenant.

Brie Larson pula menang aktres terbaik atas peranannya sebagai wanita muda yang dikurung selama bertahun-tahun bersama seorang anak lelaki dalam filem thriller penuh emosi, ‘Room’. – Agensi