SPM 2015 Bermula Hari Ini

29
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 bermula di seluruh negara hari ini didahului subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2.

Sejumlah 440,682 calon berdaftar untuk peperiksaan itu yang berlangsung di 3,501 pusat peperiksaan di seluruh sehingga 8 Disember ini.

Daripada jumlah itu, 379,466 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, manakala 29,799 merupakan calon persendirian. Sejumlah 34,146 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran peperiksaan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam entri terbaharu Twitter semalam mengucapkan selamat berjaya kepada pelajar Tingkatan Lima yang mengambil SPM.