SKMM Perlu Bertindak Tegas Terhadap Pemfitnah UMNO – Ahli Parlimen Pasir Gudang

413
0
SHARE

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad mengecam fitnah jahat yang dibuat oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan Perdana Menteri dan parti UMNO BN.

Sehubungan itu, tindakan tegas akan terus diambil supaya tuduhan tersebut tidak tersebar secara meluas.

“Saya dapat tahu tentang perkara ni selepas Subuh tadi, saya sendiri terperanjat dengan fitnah yang disebarkan itu sebab lita sebagai ahli parlimen BN sudah tentu akan menjaga nama baik parti dan Perdana Menteri, kita taat pada pemimpin kita, kenapa kita nak kena buat semua benda ni?

“Saya memang malas nak layan fitnah jahat ni, tapi saya tak boleh berdiam diri untuk menyatakan perkara yang benar, cuma saya dan beberapa pegawai dah buang masa pada perkara yang tidak sepatutnya, walhal kita sepatutnya boleh menumpukan pada kerja-kerja asal kita untuk rakyat,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my.

Fitnah tersebut mulai tersebar melalui Facebook membabitkan 20 ahli parlimen yang dikatakan berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan.

Normala dalam masa yang sama turut menyatakan bahawa belia bersama penyokongnya akan membuat laporan polis pada jam 5.30 petang ini di hadapan Ibu Pejabat Daerah Seri Alam, Masai, Johor.

Selain itu, beliau turut mendesak agar pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan sewajarnya di bawah akta 211  dan 233 (larangan terhadap pemberian kandungan yang mengancam atau jelik) terhadap pihak yang menyebarkan fitnah jahat tersebut.

“Sekarang dah sampai masa untuk SKMM bukan cakap kosong lagi, mereka kena ambil tindakan terhadap orang-orang sebegini kerana jelas ia merupakan serangan jahat untuk mereka yang ingin menjatuhkan kerajaan dengan menggunakan beberapa nama ahli parlimen termasuk saya sendiri.

“Ini memang tak boleh dibiarkan, saya memandang serius dalam perkara ini, tolong ambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Normala turut menyatakan serangan yang membabitkan dirinya itu adalah mungkin kerana kelantangan suaranya dalam menyatakan beberapa isu nasional dinDewan Rakyat sehingga memberi kesan kepada sesetengah pihak khususnya pembangkang. – BNBBC