SK Jalan Pegoh, Batu Muda, Banting Rekod IPU Tertinggi Pagi Ini

166
0
SHARE

KUALA LUMPUR: SK Jalan Pegoh di Ipoh, Batu Muda, Jalan Tasek di Ipoh dan Banting antara kawasan tertinggi merekod bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pagi Selasa.

Setakat pukul 8 pagi Selasa, SK Jalan Pegoh merekod IPU 188 iaitu tertinggi dalam status bacaan IPU yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Batu Muda di Kuala Lumpur pula merekodkan IPU 185 diikuti Jalan Tasek di Ipoh (182), Banting (181), Nilai (179) dan Balok Baru, Kuantan (175).

Kawasan IPU tidak sihat lain meliputi Kemaman (173), Putrajaya (173), Seremban (173), Pelabuhan Klang (171) dan Bukit Rambai di Melaka (171).

Hanya dua kawasan yang merekodkan bacaan baik iaitu Langkawai (35) dan Kangar di Perlis (31).

Kualiti udara dengan bacaan IPU bagi 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat dan 301 ke atas (bahaya).

JAS juga akan menyediakan bacaan IPU pada setiap jam.

Bacaan tersebut boleh diketahui di laman web kementerian dan JAS dalam masa terdekat.

SHARE
Previous articleJangan Lupa Jasa Pemimpin Masa Lalu, Bersatu Demi Rakyat – Tun M
Next articlePenghijrahan Beramai-Ramai Lumpuhkan PAS Kawasan Seluruh Negara – Amanah