Sidang Khas TPPA Di Parlimen Bulan Depan – Mustapa

52
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Persidangan khas selama tiga hari akan diadakan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara hujung bulan depan bagi membincangkan penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata persidangan itu bagi mendapatkan persetujuan daripada pihak berkaitan sebelum keputusan penyertaan Malaysia dalam TPPA dimuktamadkan.

“Persidangan berkenaan akan diadakan selama tiga hari iaitu dua hari di Dewan Rakyat dan sehari di Dewan Negara,” katanya ketika merasmikan Kongres Usahawan Muda Bumiputera 2015, di sini, hari ini.

Kongres sehari itu adalah wadah bagi usahawan muda untuk mencerna landskap ekosistem perniagaan baharu dan berkongsi maklumat dengan kerajaan mengenai kekangan serta keperluan usahawan muda Bumiputera serta jalinan perniagaan sesama usahawan muda negara.

SHARE
Previous articleHercules C-130 Bawa Pulang Mangsa Nahas Chiang Mai
Next articleBoikot Low Yat Dan Kota Raya, Pergi Mara Digital – Exco Pemuda