Sidang DUN Selangor: 84 Kolam Takungan Diperdalamkan

267
0
SHARE

Oleh: Wartawan Mysuara

SHAH ALAM: Mesyuarat Exco Selangor pada 24 Jun lalu memutuskan 84 kolam takungan diselenggarakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) didalamkan sekali lagi dalam tempoh empat tahun dengan peruntukan RM6.7 juta.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata ia bertujuan untuk mengurangkan kejadian banjir dan banjir kilat berlaku di kawasan berisiko.

Katanya, sebanyak 20 kawasan baru banjir dikenalpasti daripada jumlah keseluruhan 77 kawasan yang melibatkan 95 kes.

“Banjir kilat berlaku akibat perparitan dalaman tidak diselenggara baik, Jawatankuasa Tebatan Banjir membuat teguran mengenai masalah ini.

“Masalah reka bentuk kedalaman peparitan tidak sesuai dan akibat penurunan hujan luar biasa hingga mengakibatkan banjir,” katanya ketika menjawab soalan dikemukakan Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong).

Zaidy berkata sepanjang 2015, tidak ada sungai di Selangor melepasi paras bahaya.

Selain itu, pihak jawatankuasa turut mempertimbangkan untuk menambah jumlah kolam takungan.

Secara keseluruhan Negeri Selangor mempunyai 314 kolam takungan.