Siasatan Polis Terhadap SPRM Langgar Undang-Undang – PKR

238
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Siri siasatan dan serbuan polis terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sewaktu agensi itu masih menyiasat dana sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu kesalahan undang-undang, kata Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Presiden PKR itu berpendapat tindakan polis itu satu campur tangan nyata dalam siasatan SPRM dan perlu dihentikan serta-merta.

“Di bawah Seksyen 48 Akta SPRM, menjadi satu kesalahan jika sesiapa menghalang siasatan SPRM.

“Tidak syak lagi, tindakan polis ini satu campur tangan terang-terangan dan perlu dihentikan serta-merta,” kata Azmin yang juga menteri besar Selangor dalam satu kenyataan hari ini.Menurut seksyen yang dipetiknya: “Mana-mana orang yang mengamang, menghalang, menggalang atau melengah-lengahkan pegawai suruhanjaya dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah akta ini melakukan sesuatu kesalahan.”