Shah Alam Dilanda Banjir Kilat

408
0
SHARE

SHAH ALAM: Hujan lebat selama lebih sejam menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air dan beberapa kenderaan terkandas, hari ini.

Tinjauan mendapati Batu Tiga, Seksyen 13, dan Seksyen 9 adalah antara yang terjejas mengakibatkan aliran trafik terbantut dan kesesakan lalu lintas.

Banjir kilat juga menyebabkan perkhidmatan stesen komuter di Subang Jaya dan Batu Tiga terjejas.

Beberapa pelayar laman sosial berkongsi foto banjir kilat di laman Facebook, Twitter dan WhatsApps.