Seorang Maut Kren Terbalik Berhampiran LDP

100
0
SHARE

PETALING JAYA: Seorang pekerja terbunuh apabila sebuah kren terbalik di tapak pembinaan di bawah jejambat berhampiran dengan persimpangan Lebuhraya Damansara Puchong persimpangan (LDP)-Penchala Link di sini.

Ketua Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata seramai 15 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian 12 minit selepas menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 4.50, Selasa.

Beliau mengesahkan terdapat satu kematian manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan itu.

SHARE
Previous articleNajib Lawat Hadi Di IJN
Next articlePenduduk Selangor Dakwa BN Lebih Baik Daripada PR